Petang hari jumaat (20.01.12) sangat mengasyikkan dan mendamaikan, cuaca hujan memukau nafsu untuk terus lena dibuai mimpi di atas katil. Kelas hari ini sangat boring membuatkan mata mengantuk terus, balik dari kelas terus menghempaskan diri di atas katil, oohh...indahnya dunia, bahagianya rasa bagaikan berada di taman firdausi. Hujan yang lebat masih turun, cuaca muram semacam, keadaan hostel sunyi sepi, ramai pelajar Semenanjung sudah balik ke kampung halaman masing-masing, hurmmm terbit sedikt rasa cemburu di dalam hati, setiap kali cuti, pelajar yang berasal dari Semenanjung mesti balik ke kampung masing-masing, tetapi pelajar dari Borneo tetap terperuk di hostel sampailah cuti habis melainkan cuti semester. Cuti Tahun Baharu Cina ni akan menerima nasib yang samalah agaknya, dahlah elaun belum masuk, entah apa yang nak dibuat duduk kat KL ni kalau poket kosong, nak makan macamana??..Inilah lumrah kehidupan sebagai seorang perantau di negeri orang..Hujan yang lebat mematikan mimpi yang indah, seketika itu juga terjaga dari tidur yang lena..Bangun dari katil masih mamai-mamai terus menghadap aptop, nak berFACEBOOKlah tuu, nak update status, nak tengok notification baharu...sekali buka laptop, masuk dalam FB..takde pun notification yang baharu. Niat di hati nak buat status baharu tetapi belum sempat pun nak tulis status tiba-tiba datang satu mesej dalam "chating box", 'Betulkah Izwan Pilus dah meninggal?? '...Haa?? 'Cuba klik link ni,' sekali klik link tersebut terpapar tajuk utama "IZWAN PILUS ABANG ARIL MENINGGAL DUNIA"..Arwah meninggal pada jam 6.15 petang dan dipercayai akibat "Lung Infection", kenyataan itu dikeluarkan oleh adik arwah sendiri, iaitu aril dalam tweeternya..Sangat terkejut dengan berita tersebut, sukar untuk dipercayai..Selama ini tidak pernah dengar pun berita Izwan Pilus sakit, media masa mahupun elektronik tidak pernah pun mengeluarkan berita yang sedemikian. Jari-jemari lincah menaip nama Izwan Pilus untuk mencari akaun FB arwah, sekali dapat, banyak post Al-Fatihah yang dipostkan ke dalam wall FB arwah. Dalam hati seakan-akan sukar untuk menerima kenyataan tersebut, tiba-tiba terbit perasaan takut di dalam hati. Perasaan takut kepada kematian, memang setiap manusia akan balik kepada Sang Pencipta, lumrah di dalam kehidupan kelahiran adalah permulaan dan diakhiri dengan kematian di dunia yang fana ini. Persoalannya, apakah kita sudah bersiap-sedia dengan untuk menghadapi kematian? apakah yang telah kita lakukan di dalam dunia ini dapat membantu kita apabila berhadapan dengan hari penghakiman kelak? Sesungguhnya hidup ini adalah indah, tetapi bagaimanakah kita menghiasi keindahan itu?...Ajal akan terjadi pada bila-bila masa, kehidupan kita terletak di tangan Tuhan, Tuhan akan datang seperti seorang pencuri, kita tidak tahu masa, tempat, bila dan ketika nyawa kita akan dicabut,..Bagaimana pula dengan persediaan kita?..terkaku seketika memikirkan persoalan ini,..persoalan yang cukup berat untuk dijawab. Terdetik di dalam fikiran untuk bermuhasabah diri, merenung kembali tentang kehidupan yang dilalui sebelum ini dan yang mendatang..Ajal maut itu ditentukan Tuhan..
~May His Soul Rest In Peace~
No comments:
Post a Comment