selepas bayang-bayang stesen terbenam
di celah hiruk-piruk pekanmu
yang sarat dengan tamu mingguannya.
Kulontari sepi pada tawa mesra
si penjual gerai minuman
kuih-muih dan buah-buahan
begitu asyik menghitung kocek
setiap pelanggannya demi sesuap nasi halal
Nilai sepuluh ringgit terlalu kecil
untuk sepinggan nasi campur
dan segelas air kosong
atau cukupkah sekadar sekilo
ikan selayang bermata layu?
Hanya segelas air sirap
dan sebungkus nasi goreng
yang sempatku teguk dan kunyah
sebelum pulang dari pekanmu yang suram
ketika senja melabuhkan tirainya di ufuk barat.
Kayu manis, 2011.
No comments:
Post a Comment