Sunday, January 22, 2012

Kenali punca dan penyakit Kencing Tikus@Leptospirosis







Memandangkan penyakit ini semakin serius sejak belakangan ini, terbit rasa keinginan di dalam hati saya untuk mengongsikan serba sedikit tentang penyakit ini...

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.


Tanda dan Gejala 

Gejala :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal

1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

boleh membawa maut sekiranya kritikal!!


Rawatan 


Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan 


Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit

Friday, January 20, 2012

Elaun oh Elaun..

Elaun oh Elaun....Terseksa batin memiikirkan tentang elaun yang tak kunjung-kujung tiba nie. Poket dah kering, elaun parents dah habis, nak minta lagi tapi rasa segan pulak sebab baru 2 minggu yang lepas minta 'bank in' ngan family. Almaklumlah kehidupan kat KL nie bukannya macam duduk kat kg, gerak sikit dah melayang duit, kos makan lain cerita, bayar yuran kelas, beli buku, fotostate nota semua apa benda dah duit yang nak digunakan....Kalau cerita tentang makan pula, kalau ikutkan nafsu serakah 1 hari boleh habiskan 20ringgit hanya untuk makan, tapi sedar akan keadaan diri yang serba kekurangan  nie adalah dbudget tu dlm 10ringgit dibelanjakan untuk makan...kalau dah darurat sangat MAGGIE lah menjadi santapan utama. Ada saatnya terbit rasa serba salah terhadap kedua-dua orang tua di kampung, apa tidaknya asyik nak minta duit nak beli itu inilah sebab duit elaun x cukup.Terasa diri ini sangat mebebankan keluarga....So, moral of the story, pandai-pandailah save bajet...Nanti kalau dah dpt kerja tu bergembiralah dengan gaji yang diterima,..hahah teringat kata2 pensyarah semasa kuliah di dalam kelas...Okey joy,  buli bah tu kalau kau!!!!!

BULI BAH KALAU KAU is Sabahan accent...

BULI BAH KALAU KAU?? Apa maksudnya tue?.. Demikianlah pertanyaan yang sering kali diajukan oleh senior kepada saya setiap kali berjumpa dengan mereka apabila saya memakai baju yang mempunyai perkataan tersebut.." U nak buli ke pe bende weyh?!" hehe geli hati dibuatnya. Masyarakat senmenanjung beranggapan bahawa perkataan BULI sama maksud dengan memBULI tetapi realitinya kedua-dua perkataan itu  adalah berbeza walaupun ejaan adalah sama. Dalam 'accent' Sabahan, BULI=BOLEH. Perkataan BOLEH ini diringkaskan kepada BULI kerana perkataan ini mudah untuk disebut manakala perkataan BAH pula  merupakan 'accent' yang dianggap sebagai 'accent' yang  berharga ataupun mahal kepada seluruh masyarakat negeri Sabah. Perkataan BAH ini boleh disamaertikan dengan partikel LAH dalam bahasa Melayu baku tetapi struktur penggunaan dalam peruturan adalah berbeza. Kebanyakkan masyarakat dari semenanjung cuba untuk menggunakan 'accent' ini dan kami cukup menghargai  tetapi ada segelintir yang menggunaknnya dengan salah. Kesalahan ini merujuk kepada susunan partikel tersebut dalam pertuturan. Contohnya, "Kamu sudah makan bah?", penggunaan partikel BAH dalam ayat tersebut tidak tepat. Lazimnya, partikel BAH ini dugunakan untuk menerangkan sebab, menyatakan persetujuan, dan sebagai unsur penguat kepada suatu perkataan ataupun ayat yang dipertuturkan. Sebagai contoh, " Kenapa bah ko ni? (berfungsi sebagai ayat tanya/menerangkan sebab), Iya bah kan (berfungsi sebagai unsur yang memperkukuhkan sesuatu kenyataan)"

Bah mari kita belajar 'accent' Sabah :

u r sabahan when:

- u say 'saaaaaanaa' just to show how far that place is

- u put ur lips,and turn to the direction to show where things r

... - u answer 'ah?' when people call your name

- u refer ur dad as 'boss' or 'beliau'


- u refer the waiter at restaurat as 'boss' as well


- u were asked 'are u Indonesian?' by some outsiders when they heard u speak


- u know what pindik2 tagap means.


- u like to sing(not entirely true.haha)


-u can use 'gea' n 'bah' properly.


-if someone ask for help, u reply with " Boleh ba kalau ko yo".


-favourite word "ARAMAI TII" when 'kogutan' liquor"


-tambahan:

limpas (to pass/walk by - Maaf, saya limpas dulu? Excuse me, can I passby?


tapuk (to hide )


bida (ugly)


bubut (as in proper malay- "kejar", to chase)


sakai (ignorant, uncivilized, "hoosier")


andang-andang (that's how it is)


sapak (kasi campur/gaul -- utk masakan- or mix as in cooking)


inda/tia (short form of "tidak" - not, no)


wicin (another brand of msg as in "aji-no-moto" - a seasoning or food enhancer)


talampau (proper malay - "terlampau"- too much)


takajut (proper malay - "terkejut" - shocked, startled)


siorang (proper malay -"kami"/ "saya - orang" - us, we)


ngam-ngam (proper malay "kebetulan,cun-cun" - exact, at that time)


mangkali (proper malay "barangkali" - maybe, perhaps)


kamarin (proper malay "kelmarin" - yesterday)



Naa siok kn blajar 'accent' Sabah :) Aramaiii Tieeee...Kihaaa

Hidup kita di tangan Tuhan..

Petang hari jumaat (20.01.12) sangat mengasyikkan dan mendamaikan, cuaca hujan memukau nafsu untuk terus lena dibuai mimpi di atas katil. Kelas hari ini sangat boring membuatkan mata mengantuk terus, balik  dari kelas terus menghempaskan diri di atas katil, oohh...indahnya dunia, bahagianya rasa bagaikan berada di taman firdausi. Hujan yang lebat masih turun, cuaca muram semacam, keadaan hostel sunyi sepi, ramai pelajar Semenanjung sudah balik ke kampung halaman masing-masing, hurmmm terbit sedikt rasa cemburu di dalam hati, setiap kali cuti, pelajar yang berasal dari Semenanjung mesti balik ke kampung masing-masing, tetapi pelajar dari Borneo tetap terperuk di hostel sampailah cuti habis melainkan cuti semester. Cuti Tahun Baharu Cina ni akan menerima nasib yang samalah agaknya, dahlah elaun belum masuk, entah apa yang nak dibuat duduk kat KL ni kalau poket kosong, nak makan macamana??..Inilah lumrah kehidupan sebagai seorang perantau di negeri orang..Hujan yang lebat  mematikan mimpi yang indah, seketika itu juga terjaga dari tidur yang lena..Bangun dari katil masih mamai-mamai terus menghadap aptop, nak berFACEBOOKlah tuu, nak update status, nak tengok notification  baharu...sekali buka laptop, masuk dalam FB..takde pun notification yang baharu. Niat di hati nak buat status baharu tetapi belum sempat pun nak tulis status tiba-tiba datang satu mesej dalam "chating box", 'Betulkah Izwan Pilus dah meninggal?? '...Haa?? 'Cuba klik link ni,' sekali klik link tersebut terpapar tajuk utama "IZWAN PILUS ABANG ARIL MENINGGAL DUNIA"..Arwah meninggal pada jam 6.15 petang dan dipercayai akibat "Lung Infection", kenyataan itu dikeluarkan oleh adik arwah sendiri, iaitu aril dalam tweeternya..Sangat terkejut dengan berita tersebut, sukar untuk dipercayai..Selama ini tidak pernah dengar pun berita Izwan Pilus sakit, media masa mahupun elektronik tidak pernah pun mengeluarkan berita yang sedemikian. Jari-jemari lincah menaip nama Izwan Pilus untuk mencari akaun FB arwah, sekali dapat, banyak post Al-Fatihah  yang dipostkan ke dalam wall FB arwah. Dalam hati seakan-akan sukar untuk menerima kenyataan tersebut, tiba-tiba terbit perasaan takut di dalam hati. Perasaan takut kepada kematian, memang setiap manusia akan balik kepada Sang Pencipta, lumrah di dalam kehidupan  kelahiran adalah permulaan dan diakhiri dengan kematian di dunia yang fana ini. Persoalannya, apakah kita sudah bersiap-sedia dengan untuk menghadapi kematian? apakah yang telah kita lakukan di dalam dunia ini dapat membantu kita apabila berhadapan dengan hari penghakiman kelak? Sesungguhnya hidup ini adalah indah, tetapi bagaimanakah kita menghiasi keindahan itu?...Ajal akan terjadi pada bila-bila masa, kehidupan kita terletak di tangan Tuhan, Tuhan akan datang seperti seorang pencuri, kita tidak tahu masa, tempat, bila dan ketika nyawa kita akan dicabut,..Bagaimana pula dengan persediaan kita?..terkaku seketika memikirkan persoalan ini,..persoalan yang cukup berat untuk dijawab. Terdetik di dalam fikiran untuk bermuhasabah diri, merenung kembali tentang kehidupan yang dilalui sebelum ini dan yang mendatang..Ajal maut itu ditentukan Tuhan..
~May His Soul Rest In Peace~