Monday, August 15, 2011

I'm a scorpion boy....

Zodiac Signs Pictures, Comments, Images, Graphics


Sunday, August 14, 2011

RM50 VS RM1


                       
                         VS



Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan
bertanya: "Oit,lama tak nampak, mana ko
pergi?" RM50 menjawab, "Aku pergi
merata tempat,, Pergi stadium tgk bola,
naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak
One Utama, konsert AF, M'sian Idol,,
tmpt2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"
RM1 menjawab perlahan seraya
menunduk, "Hmm, biasa lah balik-balik
tempat yg sama,, Surau, masjid, surau,, "
Renung2kanlah & Selamat Beramal di
Bulan Ramadhan,,, (",)


(Untuk renungan kita bersama terutamanya kawan-kawan yg beragama islam  ^_^)

Mulianya pengorbanan seorang guru





BRIARWOOD, New York - Seorang nenek, Lillie Leon yang berusia 80 tahun memfailkan saman di sebuah mahkamah di Manhattan untuk mendapatkan semula pekerjaannya sebagai seorang guru awam di sebuah tadika.

Lillie diberikan notis pada minggu lalu yang menyatakan dia diberhentikan di Sekolah Awam 117 di sini.

Dia yang telah bekerja sebagai seorang guru selama tiga dekad selepas berhenti bekerja dalam sektor perbankan diberhentikan atas alasan tidak mampu untuk membawa anak muridnya yang mahu pergi ke tandas.

Menurut peguam Lillie, Stewart Karlin, anak guamnya itu boleh mengajar dengan baik tetapi dia tidak boleh berjalan dengan cepat kerana mengalami masalah lutut.

Guru itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$100,049 (RM298,054) setahun dan tidak pernah menghadapi masalah disiplin sebelum ini.

Menurut guru itu, dia mahu kembali mengajar selama setahun lagi sebelum bersara.

( Artikel ini dipetik daripada www.Malaysiasensasi.net, sekadar perkongsian kita bersama agar kita menghargai jasa guru-guru kita )

Saturday, August 13, 2011

Tiga tempat kenangan

KENINGAU
simpanlah di dadamu 
cerita sendu ini
rakamkan suaranya
di raut telinga
pancar sinar wajahnya
pada kaca setia
sesungguhnya....semalam
adalah mimpiku yang patah.


KOTA KINABALU
tersembunyi sekuntum rindu
pada lidah bisu
mencair ditusuk pena
terlipat dalam warkah selamanya.


KUALA LUMPUR
bumimu adalah igauku
namun sayang
kemaraumu 
mendera haus berkurun.


Menanti putaran waktu, 2010-2015.

Tamu Pekan Keningau




Mentari telah jauh meninggalkan kami
selepas bayang-bayang stesen terbenam
di celah hiruk-piruk pekanmu
yang sarat dengan tamu mingguannya.


Kulontari sepi pada tawa mesra
si penjual gerai minuman
kuih-muih dan buah-buahan
begitu asyik menghitung kocek
setiap pelanggannya demi sesuap nasi  halal


Nilai sepuluh ringgit terlalu kecil
untuk sepinggan nasi campur
dan segelas air kosong
atau cukupkah sekadar sekilo
ikan selayang bermata layu?


Hanya segelas air sirap
dan sebungkus nasi goreng
yang sempatku teguk dan kunyah
sebelum pulang dari pekanmu yang suram
ketika senja melabuhkan tirainya di ufuk barat.


Kayu manis, 2011.



Friday, August 12, 2011

LANGKAH YANG TERUS MELANGKAH DAN...


Tap...tap..tap...langkah yang terus melangkah dan akan terus melangkah dan tidak akan pernah berhenti selagi sang pencipta belum mengkehendaki kerana Dialah yang berkuasa atas segala yang diciptaNya, semua lutut akan bertekuk bersujud kepadanya dan semua lidah akan mengaku bahawa Dialah segala-galanya. Terima kasih Tuhan  kerana sehingga hari ke hari ini aku masih dapat menikmati betapa indahnya dunia ciptaanMu, aku masih dapat menghirup udara segar yang memberikan kehidupan kepada setiap makhluk di muka bumi ini dan aku masih dapat merasakan nikmat dunia fana yang penuh dengan 10001 macam perkara. Dunia yang fana yang penuh dengan 10001 macam perkara yang mengajarkanku erti kehidupan.

Saturday, August 6, 2011

Ayah..




Kasih seorang ayah tiada batasannya. Biar apapun pekerjaan ayah kita yang halal, hormatilah Dia, kerana hanya itu yang termampu dilakukan untuk menyara keluarga. Dengan keringat dan tubuh empat kerat, dia rela melakukan apa saja untuk keluarga, jangan malu walau siapapun ayah kita..I LOVE U DAD, MY DAD IS MY HERO.

My little cuties cuzie...


Ok guys, yang ni sy punya little kazen. Dia ni anak bongsu dpd 5 org adik-beradik.  Saya sangat sayang ngan dia nie, sbb dia pon manja ngan sy heheh everytime sy g rumah dia, dia msti mnta ambil ngan sy..Dia ni mmg manja ngan sy la cuz i'm his lover n carring brother kunun hehe..

MISI BULAN OKTOBER

Misi bulan oktober bukan setakat impian yang tidak berkesudahan tetapi satu impian yang akan menjadi kenyataan...YANG AKAN MENJADI KENYATAAN...hahah but, can i  realize it?  kalau Moriss Mc dengar ni pasti saya akan ditertawakan. But, never mind i'll prove it!!!! just wait and see :)