Tuesday, January 25, 2011

My Own...


Haaa...yang ni pula foto kenangan semasa kecil,tidak dinafikan terlalu banyak kenangan yang sukar untuk dilupakan..

Monday, January 24, 2011

AnakUncleJohn is me...

SEDIKIT BANYAK TENTANG SAYA


....Ermmm pepatah Melayu ada  mengatakan tak kenal maka tak cinta jadi elok kiranya jika saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu..cehhhh skema la pulak ermm ok baiklah pada tanggal 10/Nov/1992 merupakan tarikh keramat  dalam hidup saya,nak tau kenapa? sebab masa dan tarikh itulah buat pertama kalinya mata saya melihat betapa indah dan agungnya dunia ciptaan Tuhan (Prise the Lord).Setelah menanggung kesepian selama 9 bulan (waw lamanya hehe) di dalam rahim mama (kcian mama penat2 mngndungkn sy,cayangg mama muahhh) jadi tiba saatnya untuk mama mengakhiri penderitaan itu dengan melahirkan anaknya yang seorang ini.Kemudian atas persetujuan mama dan papa mereka telah memilih nama Frederic sebagai nama saya bersempena dengan nama Sir Frederick Dickson iaitu pengasas Port Dickson (Wahh..bangga nie).Saya merupakan anak yang kedua daripada tiga orang adik beradik (tiga je?? sikitnya) dan satu yang menarik tentang kami (nak tau x??) kami semuanya lelaki (wahh hebat x hehe)..mama merupakan satu-satunya bunga dalam keluarga dan bunga itu sentiasa mekar dan terus mekar menjadi bunga yang cantik di antara yang tercantik untuk menghiasi taman yang dipenuhi oleh kumbang-kumbang dan tanpa bunga yang cantik taman itu tidak akan indah walaupun pada hakikatnya satu hari nanti bunga yang cantik itu akan gugur jua...Dan satu yang menarik tentang kami (menarik ker??? mmmhhh) pangkal nama kami dimulai dengan huruf 'F',bermula dengan nama Fredolin (abang),Frederic (saya heheheh) dan Frankie (adik),nama papa John Sinim dan mama Rufinah.Saya dibesarkan dalam suasana keluarga yang sederhana iaitu sebuah keluarga petani yang bergantung pada hasil bumi untuk menyara hidup tapi cukup bahagia (i love my family)....ermmm saya berbangsa Dusun dan dibesarkan dalam agama Kristian Katolik.Sepanjang hidup saya banyak cabaran dan dugaan yang telah saya lalui ada masanya ketawa,senyum,gembira dan ada saatnya menangis (nie lah kehidupan) ...(bnyk tol yg ko mw cakap nie) baiklah.., panjang lebar la pulak hehehe,secara konklusinya diri ini cuma insan biasa yang tidak  punya apa-apa hanya insan hina dimata Tuhan,seorang perantau yang merantau demi erti sebuah kehidupan dan juga untuk keluarga yang tersayang,..EL AMOR NO IS KOMOLO PINTAN